Syarat Jika Nak Buat Maksiat [at] Blog yang tak update..haha Blog yang tak update..haha: Syarat Jika Nak Buat Maksiat

53 Syarat Jika Nak Buat Maksiat

Perkara ni aku nak berkongsi bagi sesiapa yang hendak membuat maksiat... Bagi yang teringin nak buat maksiat, korang kenalah patuhi syarat-syarat berikut... Selepas korang patuhi syarat ini barulah korang boleh membuat maksiat...


Renungkan dan hayatilah sesungguhnya Maksiat ni amat mudah dilakukan.... Tetapi korang telah melanggar syarat-syarat yang begitu susah....

Antara Syarat jika nak buat maksiat ialah :

1) Jika korang nak bermaksiat kepada Allah, korang jangan makan rezekinya... Adakah korang sanggup memakan rezekinya sedangkan korang melanggar larangannya ...

2) Kalau korang nak buat maksiat, korang jangan tinggal di Buminya, adakah korang tidak malu duduk di tempat yang korang tak patuhi perintahnya.

3) Kalau korang hendak membuat maksiat, korang kenalah bersembunyi di tempat yang Allah tidak nampak..  Adakah tempat yang Allah tidak nampak sesungguhnya jika korang berpikir begitu, cetek ilmu korang dan korang antara yang jahil serta bodoh.

4) Korang kenalah pandai mengayat malaikat maut yang ingin mencabut nyawa korang supaya jangan mencabut nyawa korang kerana dosa-dosa korang masih bertimbun-timbun. Adakah kematian korang boleh ditunda ? Adakah korang tahu ajal maut korang, adakah korang telah bersedia ?

5) Dan syarat terakhir ialah korang janganlah mengikut malaikat Zabaniyah yang ingin mengiring korang ke neraka.

P/s : Korang nak bermaksiat ?  Ni satu lagi dari aku, Kalo korang nak buat maksiat.. Korang cube dulu letakkan tangan korang ke api yang kecil... Korang rase dahulu kesakitan yang amat sedikit sebelum korang hadapi kesakitan yang amat besar...

53Geng Bising:

Post a Comment

Percuma E kursus Affilliate. Hanya masukkan nama dan email