Aku tetibe pikirkan perkara ni, memang tetibe la.... Ko ni angau ke zat ? haha pe plak angau, aku pikir masa depan..
Sekarang ni aku kerja kat sektor kerajaan, sambilan hehe.. Aku skrng ni tengah break tuk sambung belajar, jadi baik aku cari duit kan ??
Aku terpikir, kalo aku dah abis belajar nanti, aku nak keja mane.. Samaada kerajaan atau swasta, keduanyer ada kelebihan dan kekurangan.
Kite tngk keja kerajaan, senang tak kalo nak masuk keja kerajaan ??? Korang rase ??? Senang je zat, janji ada degree..haha....
Salah sangat, sebenarnyer susah giler nak keja kerajaan. Sebabnyer beribu orang nak keja kerajaan, dan kekosongan hanya beberapa puluh je. Jd senang or susah ? hahaha... susah kan.
Keja swasta plak susah ke senang nak cari ? Sebenarnyer senang je cari, banyak sampai bersepah.. Kat internet cube korang cari, berapa banyak korang akan jumpe ? berlambak kan tawaran.. hahaha..
Cume kite je memilih sangat, nak yang gaji banyak la, mudah la, tu la, ni la.... Tapi nak kaye dan tak nak keja susah ( tu sebabnyer ramai orang malaysia kena tipu, hahaha ).
Kalau aku buat jawatan kosong " Kerja mudah, duduk rumah
Aku pun tak la rajin sangat macam bos-bos aku, dan aku ni pernah gak masuk perniagaan online ni ( Contoh, Nuffnang, Danaraya, Affiliate. ) . tapi danaraya ni aku dah berenti da sebab orang kata tak elok... Aku sekarang kepada nuffnang ( Skrunk baru RM21 je, huhu ).
Sekarang ni, korang pikirlah dan carilah kerja halal... Ingat rezeki ada di mana-mana.
P/s : Pikirkan dan pikirkan dan pikirkan..zzzzzzzz
16Geng Bising:
Post a Comment
tp syok hdup lebey terjamin...pinjaman pun senang nk dpt...kalau la kerajaan boleh buat kat smua rakyat camtu kan besh..hehehhe
tp ade gak jawatan yg gaji ciput...
Sebab tu orang ramai nak g kerajaan...
Kerja pun agak mudah bagi yang gaji ciput,,, Tul Kan zella..hehe
hahaa.. :p
jom2 .. join aku keje kerajaan, jadi bloggers sepenuh masa.. :) v
Aku setuju dengan apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir itu, bukan bermaksud aku menentang kerajaan pula kali ini. Tidak, jangan salah faham. Kalau difikirkan secara logiknya, seseorang manusia yang di cipta oleh Allah itu bukan hanya untuk membuatkan satu bidang/perkara dalam perjalanan hidupnya. Manusia diberikan akal untuk berfikir dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan yang tiada hadnya yang mana kita boleh lihat sendiri di hari ini masih ada lagi pelajar yang sudah berumur 50 tahun menuntut ilmu di institusi pengajian awam/swasta.
Sesetengah orang berfikir, "oh, aku dapat tawaran berkerja dengan kerajaan, di hari tua aku mestilah terjamin, ada pencen. hahaha". Jangan, jangan sesekali berfikir macam tu. Jangan jadikan ini satu trend anak-anak muda untuk memohon kerja dengan kerajaan. Bekerja di sektor kerajaan jangan fikir yang kita boleh bermanja-manja. Kerjanya tetap setanding dengan sektor swasta lebih-lebih lagi di era Dato Seri Najib yang amat mementingkan KPI setiap kakitangannya, cuma keistimewaan yang diberikan adalah lebih banyak dari swasta.
Lagi satu, apa yang aku lihat sekarang ni, terlalu banyak syarikat-syarikat skim cepat kaya, multilevel marketing dari negara luar mahu local company bertapak di setiap pelusuk negara ini. Korang sendiri tahu la nama-nama syarikat itu, kang aku cakap tak pasal-pasal aku pulak yang kena saman!? wakakaka! Serius! Serius! Kewujudan syarikat-syarikat skim cepat kaya kini lebih suka mencari mangsanya yang tergolong dari kakitangan awam. Kenapa? Ini kerana kakitangan awam mudah sekali membuat pinjaman bank. Kelonggaran seperti inilah yang membuatkan ramai kakitangan awam berhutang. Yang mengajaknya happy 'bangat' sebab duit masyuk! yang menyertainya kena pula berusaha keras yang mana waktu paginya kena kerja di pejabat, malamnya menjadi hantu mencari mangsa untuk bertapak dibawahnya.
selanjutnya di sini ..
http://unitmediasiber.blogspot.com/search/label/Melayu
saya cuma kongsikan artikel saya dengan pembaca blog propito.
Mekasih berkongsi...hehe
Pe pun kerja kena ikhlas, duit adalah dugaan tuhan yang paling bahaya sekali...ingat2 lah..
http://eyriqazz.blogspot.com/
mokthar cakap betul, kite kena berusaha.. baru berjaya...
fatin lak agak tak beberapa faham .. harapkan diri disuap tu camana lak...huhu
kerja kerajaan memang susah nak dapat. Dah ujian kena tunggu plak interview. masuk ni dah 3 tahun aku tunggu. kalau aku tak kerja swasta skang alamat tunggu sampai kucing tumbuh tanduk la.. tapi kerja kerajaan ni banyak benefit. adeh...
tu yang ramai nak keja kerajaan, ada pencen, simpanan..hidup terjamin sikit..hehe
keje kerajaan susah giler nk dpt...
tp syok hdup lebey terjamin...pinjaman pun senang nk dpt...kalau la kerajaan boleh buat kat smua rakyat camtu kan besh..hehehhe
tp ade gak jawatan yg gaji ciput...
Gaji ciput pun still terjamin..
Sebab tu orang ramai nak g kerajaan...
Kerja pun agak mudah bagi yang gaji ciput,,, Tul Kan zella..hehe
lebih baik dapat duit dr sesuatu yang kita tau mana sumbernya.. tu la org2 yang byk songeh bile bekerja.. manala ade kerja yang senang now ni..huh~
memandai jer keje mudah .. [tp mmg betol pun].. susah ke nak dapat? [senang kot? susah sebenarnya]..
hahaa.. :p
jom2 .. join aku keje kerajaan, jadi bloggers sepenuh masa.. :) v
"orang melayu dlm perkhidmatan kerajaan tidak akn meninggalkan perkhidmatan mereka dgn kerajaan krn jaminan pencen walaupun apabila mereka sedar yg mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup utk memperoleh pendapatan yg lebih lumayan dlm kerja2 lain, mereka takut kehilangan hak pencen mereka"
Aku setuju dengan apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir itu, bukan bermaksud aku menentang kerajaan pula kali ini. Tidak, jangan salah faham. Kalau difikirkan secara logiknya, seseorang manusia yang di cipta oleh Allah itu bukan hanya untuk membuatkan satu bidang/perkara dalam perjalanan hidupnya. Manusia diberikan akal untuk berfikir dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan yang tiada hadnya yang mana kita boleh lihat sendiri di hari ini masih ada lagi pelajar yang sudah berumur 50 tahun menuntut ilmu di institusi pengajian awam/swasta.
Sesetengah orang berfikir, "oh, aku dapat tawaran berkerja dengan kerajaan, di hari tua aku mestilah terjamin, ada pencen. hahaha". Jangan, jangan sesekali berfikir macam tu. Jangan jadikan ini satu trend anak-anak muda untuk memohon kerja dengan kerajaan. Bekerja di sektor kerajaan jangan fikir yang kita boleh bermanja-manja. Kerjanya tetap setanding dengan sektor swasta lebih-lebih lagi di era Dato Seri Najib yang amat mementingkan KPI setiap kakitangannya, cuma keistimewaan yang diberikan adalah lebih banyak dari swasta.
Lagi satu, apa yang aku lihat sekarang ni, terlalu banyak syarikat-syarikat skim cepat kaya, multilevel marketing dari negara luar mahu local company bertapak di setiap pelusuk negara ini. Korang sendiri tahu la nama-nama syarikat itu, kang aku cakap tak pasal-pasal aku pulak yang kena saman!? wakakaka! Serius! Serius! Kewujudan syarikat-syarikat skim cepat kaya kini lebih suka mencari mangsanya yang tergolong dari kakitangan awam. Kenapa? Ini kerana kakitangan awam mudah sekali membuat pinjaman bank. Kelonggaran seperti inilah yang membuatkan ramai kakitangan awam berhutang. Yang mengajaknya happy 'bangat' sebab duit masyuk! yang menyertainya kena pula berusaha keras yang mana waktu paginya kena kerja di pejabat, malamnya menjadi hantu mencari mangsa untuk bertapak dibawahnya.
selanjutnya di sini ..
http://unitmediasiber.blogspot.com/search/label/Melayu
saya cuma kongsikan artikel saya dengan pembaca blog propito.
wahhhhh !!!!! panjang giler ayat media cyber ni..huhuhu
Mekasih berkongsi...hehe
Pe pun kerja kena ikhlas, duit adalah dugaan tuhan yang paling bahaya sekali...ingat2 lah..
apa-apa pun, best of luck
dakjaat... keja blogger ni payah gak la nak dapat duit.... melainkan traffik banyak macam facebook..haha
sharinginfoz... tak ada pendapat ke... just luck je?? urmmm
U r rite...Kije ada di mana-mana...Saya pernah kije both gomen n swasta..Masing2 ada kelebihan dan kekuranganya...tepuk dada,tanya selera
http://eyriqazz.blogspot.com/
asalkan diri sendiri nak berusaha, insyaAllah ada rezeki. kerajaan or swasta msg2 ada kelebihan & kekurangan. =). yang penting hati senang.
Keje kat mane2 pun, kalau nak harapkan diri disuap je, tak berjaya and ke mana-mana jugak.
eyriqazz ni ni banyak pengalaman ni...huhu
mokthar cakap betul, kite kena berusaha.. baru berjaya...
fatin lak agak tak beberapa faham .. harapkan diri disuap tu camana lak...huhu
Ye la. Apa2 hal, nak berjaya, nak ilmu, tapi mengharapkan orang pergi hulur ilmu tu berbanding pergi cari dan mentelaah sendiri. Macam budak2 kat sekolah. Kalau tak de nota yang cikgu bagi, die orang tak buat nota sendiri. Semua nak cikgu suapkan je. Macam tu la maksudnya.
Post a Comment