Atasi Mata Letih [at] Blog yang tak update..haha Blog yang tak update..haha: Atasi Mata Letih

12 Atasi Mata Letih

Arghhhhh !!! letihnyer mata... asik hadap komputer jer. Camana nak fokus kerja ni ( Alasan Munasabah g tea break ).. huhu
Korang pernah hadapi masalah ni tak?  Mesti ada kan kerana mejoriti akan mengalaminya.
Aku ada baca majalah wanita dan terserempak dengan artikel " Cara Atasi Mata Letih "... Haha, ko baca majalah wanita zat ?  Tak kisah la baca apepun, yang penting tu semua ilmu, tul tak?

Ni tips aku nak kongsi ngan korang, firstly kite kena tahu simptom-simpton dahulu..

Ok, Simptomnya adalah seperti :
1)Mata korang letih atau gatal dengan perempuan.
2)Mata korang berair zamzam
3)Mata korang kekadang kering
4)Penglihatan kekadang kabur
5)Sakit Kepala ( ni selalu )
6)Sakit Pada Leher ( ni pun selalu )
7)Sensitif pada cahaya, cam silau gak la.

Korang dah tahu simptom dia kan ?  Sekarang aku ajar korang rawatan pulak..

Rawatan adalah seperti :
1)Rehatkan mata dengan cara memfokuskan benda lain ( jangan komputer da la ). Dan cube rehatkan mata 5 minit setiap jam.
2)Kelipkan mata selalu untuk menyegarkan mata, kerana kite selalu kurang kelipkan mata sebab kite terlalu fokus apabila berkerja.
3)Gunakan air mata tiruan "Eye Drop" untuk melegakan mata yang kering, tapi tanya doktor dulu tau..
4)Amalkan renggangan pada leher ( Naikkan kepala, turunkan kepala, gelengkan kepala pelahan-lahan).
5)Gerakkan biji mata korang ke kiri dan ke kanan. Benda ni agak bekesan gak la

Dah tau camana nak atasi mata letih ni ?  Hehehe. Pas ni tak ada alasan tuk Curi Tulang.

P/s : Korang amalkan benda ni, Jangan percaya sangat dengan ubat-ubat yang ada kat pasaran untuk elokkan mata.. Tanya doktor / pakar mata dahulu sebelum membeli.

12Geng Bising:

Post a Comment

Percuma E kursus Affilliate. Hanya masukkan nama dan email