Tragedi 2 pelajar [at] Blog yang tak update..haha Blog yang tak update..haha: Tragedi 2 pelajar

14 Tragedi 2 pelajar

Bertemu lagi dalam  Segmen, Terjah.. Hehehe..Gurau jerk la.
Ok, nak kongsi cerita yang baru aku dengar tadi.. Cerita ni ada pengajaran dan korang haruslah hayati. Paling penting, baca sampai abis..hehe.

P/s : Cerita ni aku akan olah sedikit supaya aku tak memalukan sesiapa


Ceritanyer macam ni, ada 2 orang budak dari Sekolah Tinggi, dia ni penghisap ROKOK garam.. Sebenarnyer tau-tau je la, sekolah tinggi, mana boleh student hisap rokok kan ?  So diorang ni hisap rokok dalam diam-diam.  Pada suatu hari yang panas terik, 2 orang mamat ni tak ada lighter ( pemetik api ), akan tetapi mamat ni terlalu sangap untuk menghisap rokok.. Oleh kerana mamat 2 orang ni dari sekolah tinggi, maka idea dia pun tinggi gak la. So dia menggunakan Pemanas air ( setiap pemanas air ada besi, yang boleh panas tu ) , mamat ni pun panaskan besi pemanas air tu untuk bakar rokok diorang.
Pastu dengan tibe-tibe, semasa mamat tu nak letak puntung rokok kat besi pemanas air tu... PooooP !!!!!  . Besi tu terkeluar gas percikan, dan terkena mata diorang.  Yang sorang tu terkena dua-dua biji mata, yang sorang lagi kena sebelah je...

Diorang pun g la jumpe warden, nak g hospital... Pas da sampai hospital, doktor cakap la sebab ape mata jadi camni.. Diorang jawab terkena serbuk kaca semasa lestik cicak, doktor tu pun bagi ubat untuk buang serbuk kaca tu....


Dan lepas ubat, diorang balik hostel... Malam tu tibe-tibe ( Suspen ....) mata mamat 2 orang tu sakit giler, sakit sangat-sangat.. Diorang pun g la jumpe warden, cakap mata sakit balik.  So pegi lagi ke hospital.

Masa dalam perjalanan tu, warden tu tanya kat budak tu.. " Kenapa mata sakit lagi, tak mungkin doktor salah bagi ubat."  Warden tu pun syaki sesuatu.. Warden tu pun desak la, "kalo korang tak nak bagi tahu, aku tinggalkan korang kat sini...".

2 Mamat tu pun agak takut dan terpaksa bagi tahu, "sebenarnye kitaorang guna pemanas air tuk hisap rokok. Kitaorang terkena gas besi tu.."

Pas da sampai ke hospital, mamat tu pun bagitahu doktor.. Pas da ubat balik, barulah sembuh..  Doktor tu cakap, " kalo korang tak datang lebih awal, korang mungkin akan bute. "

Diorang sebenarnyer tipu sebab takut kena buang, yela sebab satu kesalahan besar hisap rokok ni..

Kalau terlambat ritu, kompem diorang bute da sekarang ni..hurmmmmmm.... Pikirkanlah.

14Geng Bising:

Post a Comment

Percuma E kursus Affilliate. Hanya masukkan nama dan email