5 Tips Kuatkan Daya Tahan Penyakit [at] Blog yang tak update..haha Blog yang tak update..haha: 5 Tips Kuatkan Daya Tahan Penyakit

10 5 Tips Kuatkan Daya Tahan Penyakit

Korang seorang pekerja?  Korang Rasa diri korang sihat selalu? Korang Amalkan berblogging di siang hari?
Kite ni kena hargai nyawa dan kesihatan berbanding dari wang... Sape setuju ngan aku ?  hehe

Aku nak bagi tips yang amat mudah dan korang mungkin tak sedar akan kebenaran yang akan aku berikan ni..
Kesihatan adalah amat bermakna kerana dengan kesihatan, kite akan dapat wang.. dengan kesihatan kite akan bahagia... dan dengan kesihatan kite akan selesa mencurahkan idea kreatif untuk berkongsi dengan semua orang..hehe
Kalo korang amalkan tips yang aku ajar ni, nescaya korang akan jarang-jarang dapat penyakit..

Tips yang aku bagi ni amatlah mudah dan senang, agak rugi kalo korang tak amalkan kerana kalo korang sakit.. korang akan kehabisan duit pergi berjumpa doktor...

Dengan ilmu yang tuhan berikan, aku berkongsi....

Tips Kuatkan Daya Tahan Dari Penyakit :

1) Mendengar Muzik dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh terhadap penyakit.. Muzik yang merdu dan tenang dapat merehatkan tubuh dan daya tahan tubuh akan meningkat... (aku cadangkan korang dengar nasyid)

2) Berehat, benda ni korang kena amalkan bagi yang sibuk... Korang nak sihat kan ?  So korang rehatkan diri korang seketika kerana jika korang tidak rehat dan terus berkerja, korang akan mengakibatkan stress pada diri korang dan ini dapat menurunkan imunisasi tubuh korang..... (bagi yang laki-laki, korang berkhayal la seketika.. same je macam rehat,hehe)

3) Korang buat la lawak yang membolehkan korang tergelak dan syok sendiri, sebab dengan ketawa, korang dapat meningkatkan daya imunisasi dengan cara menurunkan stress dan tegangan otot...

4) Minum air putih (bukan air susu) sebab air putih adalah penting untuk mendapatkan kulit sihat... Kulit adalah pertahanan pertama yang melawan penyakit dari luar.

5) Tidur 8 jam sehari... Ini yang agak jarang orang buat, korang pun jarang buat kan? asik main internet je, sibuk main game, buat keja, tngk tv dan sebagainya.... Korang sepatutnya kenalah rehat secukupnye kerana kurang tidur boleh meningkatkan kadar hormon stress dan melemah imunisasi tubuh..

P/s : Ada tak korang amalkan ? Tips ni sepatutnya korang amalkan dan mungkin ada yang tak sedar yang korang sememangnya telah amalkan...

10Geng Bising:

Post a Comment

Percuma E kursus Affilliate. Hanya masukkan nama dan email